KISAH-KISAH PELIK

Pokok Ruku'






Sebatang pokok di sebuah hutan berhampiran dengan Sydney, Australia telah menggemparkan ramai orang apabila pokok tersebut ruku' seperti seorang manusia ruku' dalam melakukan ibadah solat. Lebih mengejutkan lagi pokok terdebut ruku' dengan menghadap kiblat. Subhanallah, inilah kuasa Allah S.W.T.
Kita patut mengambil iktibar dan pengajaran daripada kejadian ini.


Batu Terapung










Batu terapung ini terletak di Masjidil Aqsa, Palestin. Batu tersebut tidak kelihatan tapi ia terapung dan dibentuk seperti bangunan kerana pelancong dan pembesar-pembesar yang melawat ke Masjidil Aqsa terkejut melihat batu tersebut dan takut untuk melaluinya. Tapi kebenaran batu terapung tersebut dapat dilihat
dalam satu kisah:

Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud 'Tempat Nabi bermikraj', disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): "Berkatalah al-Imam Aku Bakar Ibnul 'Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.

"Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.

"Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi s.a.w. berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda s.a.w maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.

"Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain." 

Jadi, ambillah iktibar dari kejadian tersebut.

Perempuan Bertanduk




Pada tahun 2009, seorang penduduk China Zhang Ruifnag mengejutkan dunia dengan memiliki tanduk di sebelah kiri kepalanya. Wanita tua yang berumur hampir 101 tahun ini memiliki tanduk apabila tahi lalat yang dimilikinya tumbuh membesar dan membentuk sebatang tanduk. Pada awalnya, tanduk yang dimilikinya menyebabkan dia berasa sakit dan kurang selesa. Namun, apabila lama memiliki tanduk tersebut rasa sakit dan kurang selesa tidak dirasainya lagi. Seorang doktor di China mengatakan keadaan nenek Zhang memiliki tanduk kulit merupakan perkara  pelik baginya. Keadaan ini mungkin berlaku terhadap seseorang yang lanjut usianya terutama yang berumur hampir seratus tahun. Namun, perkara seperti ini jarang berlaku terhadap orang yang lanjut usianya.

Budak Magnet




Koprivnica, Croatia,   Ivan Stoiljkovic berusia enam tahun mempunyai cerita  unik  kerana tubuhnya berfungsi seperti magnet kerana logam boleh melekat pada tubuhnya dipercayai mempunyai kuasa menyembuhkan beberapa penyakit.

Menurut keluarganya, Ivan sebelum ini berjaya menyembuhkan sakit perut datuknya dengan menggunakan tangannya. Datuknya, Ivo berkata, apabila cucunya itu meletakkan tangan di perutnya yang sakit, dia berasa panas sebelum kesakitan tersebut hilang. Dia juga berjaya melegakan seorang jirannya yang cedera di kaki selepas terlibat dalam kemalangan traktor.

Ivan sebelum ini terkenal kerana barang logam seperti sudu, telefon bimbit dan periuk akan melekat pada tubuhnya apabila dia menanggalkan baju selain barang logam seberat 25 kilogram turut melekat pada tubuhnya.

3 comments: