Saturday 28 July 2012

Kekuasaan Allah S.W.T.







Kita sering melihat atau mendengar tentang kejadian aneh yang berlaku di dunia ini. Semua ini belaku adalah dengan izin  Allah S.W.T, tuhan sekalian alam yang mencipta segala makhluk dan kejadian di dunia mahupun di alam semesta. Allah Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa. Allah berfirman dalam Surah Yaasin yang bermaksud, 
Ayat [82]
"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi."

Daripada petikan ayat Surah Yaasin di atas maka terbukti bahawa Allah S.W.T berkuasa melakukan apa-apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Kita sebagai makhluk ciptaan Allah S.W.T patut bersyukur dan mengambil iktibar daripada setiap kejadian Allah di dunia ini.

-