FAKTA-FAKTA MENARIK

Baca, Faham Dan Simpan

1. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan sendi-sendi tangan atau jari, atau kaki adalah disebabkan letupan buih dalam sendi itu.

2. Di Albania, menggeleng kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud 'tidak'.

3. Manusia bernafas kira-kira 23, 000 kali dalam tempoh 24 jam.

4. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.

5. Kebanyakan debu-debu berterbangan di dalam rumah datangnya daripada sel-sel kulit kita yang mati.

6. Jika semua salur darah dalam tubuh badan manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang
96, 000 Km. Setiap hari, darah beredar sejauh 180, 000 Km di dalam badan manusia.

7. Setiap langkah anda ke hadapan, tubuh badan anda terpaksa menggerakkan 54 jenis otot.

8. Secara purata, seorang manusia memiliki 100, 000 helai rambut dan cepat tumbuh pada waktu malam.

9. Secawan kopi mengandungi lebih 1000 bahan kimia.

10. Orang yang menggunakan tangan kanan hidup 9 tahun daripada mereka yang kidal.

11. Secara purata, seorang manusia minum 8000 gelen air sepanjang hidupnya.

12. Buaya tidak dapat menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat dengan lelangit buaya.

13. Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi terbesar di dalam sistem solar kita.

14. Paus Beluga yang terletak di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak sejauh 700 batu dalam sehari dan mengambil oksigen setiap 20 minit.

15. Pen dakwat diperkenalkan oleh seorang agen insurans, Lewis E.Waterman pada tahun 1884.

16. Gajah betina di Afrika mengandungkan anaknya selama 640 hari.

17. Kamera terawal dicipta di dunia memerlukan seseorang beraksi selama 8 jam di hadapan kamera sebelum gambar dirakam.

18. Huruf yang banyak digunakan dalam bahasa Inggeris adalah abjad E manakala abjad Q ialah huruf yang jarang digunakan.

19. Laut Merah yang terdapat di Mesir mendapat namanya kerana alga yang berwarna merah di atas permukaannya.

20. Matahari adalah 330 330 kali lebih besar daripada bumi.


No comments:

Post a Comment